18 October 2011

Majlis Pengurusan Sekolah

Pengerusi
Pengetua
Puan Hjh Maimon bt Talib

Timbalan Pengerusi
Penolong Kanan Akademik
Pn. Nor Hasliza bt Omar

Naib Pengerusi 1
Penolong Kanan HEM
Pn Habibah bt Hjh Musa

Naib Pengerusi 2
Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Aini bt Mohd Salehhudin

Setiausaha
Kaunselor
Puan Nik Suraya bt Ibrahim
En. Wan Zinal bin Wan Zi
Pn Faizatun Nur bt Mohd Ali

Ketua Bidang Sains dan Matematik
Puan Suraya binti Sulaiman

Ketua Bidang Teknik Vokasional
Pn Thamilselvi a/p Singaram

Ketua Bidang Kemanusiaan
En Ajeemek b Hj Samut

Ketua Bidang Bahasa
Pn Noor Afiza bt Mohd Noor

Ketua Pembantu Tadbir
Pn Rozita bt Ali Basha

16 October 2011

Minggu Sains dan Matematik 2010



Tarikh: 12 April 2010 hingga 16 April 2010
Tema: Jimat Tenaga Lestari Alam
Perasmi: Puan Hjh Maimon bt Talib (Pengetua SMKDC)
Anjuran: Bidang Sains dan Matematik dan Persatuan Sains dan Matematik

Program Miggu Sains dan Matematik ini diadakan agar dapat memberikan pendedahan kepada warga SMKDC terutama kepada para pelajar tentang aktiviti seharian yang melibatkan sains dan matematik serta mewujudkan kerjasama di kalangan pelajar dan guru - guru di bawah Panitia Sains dan Matematik. Antara objektif program ini ialah memberi kefahaman dan kesedaran kepentingan menjaga alam sekitar serta menanamkan sikap berjimat cermat menggunakan tenaga seharian. Selain itu, program ini diharap dapat menarik minat pelajar mendalami bidang Sains dan Matematik serta menarik minat pelajar menyertai aktiviti - aktiviti kokurikulum berasaskan sains dan matematik.

Minggu Sains dan Matematik ini telah dirasmikan pada 12 April 2010 oleh Puan Hjh Maimon bt Talib, pengetua SMKDC dengan menanam pokok sebagai simbolik perasmian. Selain itu, taklimat program daripada Puan Suraya binti Ismail, ketua bidang sains dan matematik serta persembahan daripada pelajar turut diadakan pada hari perasmian. 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Minggu Sains dan Matematik ialah pameran daripada Jabatan Alam Sekitar, pertandingan kitar semula, pertandingan 'Cooking with Nature' , lawatan sambil belajar, pertandingan kapal terbang kertas, pertandingan pelancar roket, pertandingan saintis muda, serta permainan matematik. Penyertaan daripada para pelajar amat menggalakkan di mana kebanyakan pertandingan yang dianjurkan disertai oleh ramai pelajar.

Adalah menjadi harapan Minggu Sains dan Matematik ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar khususnya selain daripada hadiah yang dimenangi oleh pelajar. Diharap program seumpama ini dapat diteruskan dan mendapat sokongan padu daripada pelajar.